Web Statistics
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, 5 March 2011

Tension Oi!!



Wah... Minggu lepas pasal kete. Hehehe, tu la kete impian kami(walaupun belum tentu dapat beli)... Kami terlalu sibuk bulan ni, curi mase sikit untuk post something. If bukan blog ni adalah sebahagian dari assignment, baik aku tido. Ble pikir-pikirkan (ye la, name blog pun 'think about it') buat kerja yang banyak (macam sekarang ni) boleh jadi tertekan di mana stress adalah hakikat hidup yang tak dapat dielakkan. Ni ade tips untuk pengurusan stress.

Sokongan - dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan-rakan yg memahami & sedia mendengar agar dapat mengurangkan stress

Solat - sembahyang & mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan pada-Nya

Doa - doa merupakan cara yg paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan & pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati

Mental Exercise - arahkan imaginasi kepada sesuatu yg positif. Dari posisi yang selesa, pejam mata & rehatkan otot-otot kita. tarik nafas dalam & lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan.

Pengurusan Masa - setiap orang diberikan masa 24 jam 1 hari & hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan dapat faedah darinya.

Ubah Susun Atur Rumah - keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.

Pandangan Terhadap Stress - jangan pandang stress sebagai sesuatu yang negatif kerana stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. cara kita menangani stress akan memberikan kesan kepada hidup kita.

Terima Kekuatan & Kelemahan Diri - terima kekuatan diri sebagai anugerah & percaya bahawa segala kelemahan masih boleh diperbaiki.

Berkongsi Segala Masalah - kongsi masalah dengan seseorang yang boleh dipercayai. sememangnya tak semua orang di sekitar kita boleh dipercayai tetapi percayalah, masih ada orang sedemikian yang boleh membantu.

Kritikan Negatif - pandang kritikan negatif sbg sesuatu yang membina & jangan biarkan ia melemahkan semangat.

Lakukan Perubahan - bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain & belajar untuk berkompromi.

Jaga Hubungan Baik - hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik dengan kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.

Ketawa - dalam keadaan yang sukar, ketawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.

Bergaul Dgn Org Yg Positif - berada di sekitar orang-orang yang positif & berhemah membuat diri kita turut merasa positif & selesa.

Menyemai Sifat Ihsan - berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.